Demografi Jerman
Demografi Jerman

Demografi Jerman

Demografi Jerman dipantau oleh "Statistisches Bundesamt".Dengan 82 juta orang, Jerman ialah negara paling banyak penduduk di dalam Kesatuan Eropah. Namun, kadar kesuburannya adalah yang paling rendah di dunia dengan 1.39 orang anak bagi seorang ibu.[1] Pejabat Perangkaan Persekutuan menganggarkan penduduknya akan mengecut ke antara 69 dan 74 juta orang menjelang tahun 2050.[2] Jerman mempunyai beberapa buah bandar raya besar, di antaranya ialah Berlin, Hamburg, Munich, Cologne, Frankfurt dan Stuttgart. Konurbasi terbesar pula ialah kawasan Rhine-Ruhr, meliputi Düsseldorf (ibu negeri NRW) dan bandar raya-bandar raya seperti Cologne, Essen, Dortmund, Duisburg, dan Bochum.Sehingga Disember 2006, terdapat sejumlah 7.3 juta orang dengan kewarganegaraan asing yang berdaftar di Jerman dan 18.2% daripada keseluruhan penduduknya adalah berketurunan asing.[3] Golongan muda berkebarangkalian lebih tinggi untuk mempunyai keturunan asing berbanding warga tua. 30% daripada orang-orang Jerman yang berumur 15 tahun atau lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara. Di bandar raya-bandar raya besar, 60% daripada kanan-kanak berumur 5 tahun dan lebih muda mempunyai sekurang-kurangnya seorang penjaga yang dilahirkan di luar negara.[4] Kumpulan yang terbesar (2.3 juta orang)[5] berasal dari Turki dan majoriti lainnya berasal dari negara-negara Eropah seperti Itali (kumpulan kedua terbesar dengan 8% daripada 7 juta warga asing), Greece, Poland dan Croatia.[6] Menurut Tabung Penduduk PBB, jumlah penduduk asing di Jerman merupakan yang ketiga terbesar di dunia, iaitu 5% atau 10 juta daripada 191 juta golongan pendatang di seluruh dunia, atau sekitar 12% daripada keseluruhan penduduknya.[7][8] Penguatkuasaan undang-undang baru berkenaan imigresen dan permohonan suaka yang lebih ketat berbanding undang-undang lama yang agak longgar pula menyebabkan kadar kemasukan semakin berkurangan sejak tahun 2000.[9]

Rujukan

WikiPedia: Demografi Jerman http://www.csmonitor.com/2006/1110/p25s02-woeu.htm... http://books.google.com/books?hl=en&id=YgSsp6S1qnk... http://www.nytimes.com/2006/03/29/international/eu... http://www.bib-demographie.de/nn_750728/DE/Demogra... http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/d... http://www.destatis.de/jetspeed/portal/cms/Sites/d... http://www.destatis.de/presse/deutsch/pm2006/p2690... http://www.ekd.de/statistik/mitglieder.html http://www.good-practice.de/zielgruppen_beitrag353... http://www.remid.de/remid_info_zahlen.htm